Sunday, 25 November 2012

9 Mimpi Rasulullah Sebelum Isra’ Mikraj’

Assalamualaikum. Hai hai hai hai uolls ;_;

 9 Mimpi Rasulullah Sebelum Isra’ Mikraj’

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW, “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Posted by admincomel :P

0 comments:

Post a Comment

Fakta Menarik Tentang Tandas

Fakta Menarik Tentang Tandas
Tak perlulah gamaknya untuk penulis memberikan maksud kepada tandas sebab majoriti pembaca adalah golongan remaja dan dewasa, tapi jika masih ada yang ragu-ragu dan tak tahu apa itu tandas, boleh lah menghubungi encik admin melalui ‘muka buku‘ beliau.
Tujuan artikel ini ditulis hari ini bukanlah untuk membuat survey tentang siapa yang tak kenal tandas dan siapa yang tak pernah guna tandas, tetapi untuk berkongsi bersama beberapa fakta yang menarik tentang tandas. Apa-apa pun jom layan dulu….
1. Jika menggunakan tandas awam, pastikan anda membasuh tangan anda selepas memegang tempatflush kerana di situ terdapat sejumlah 40,000 bakteria bagi setiap inci persegi. Almaklum lah, kebanyakan cleaner tandas mesti mengabaikan tempat kecil sebegitu dan menumpukan di lantai dan tempat-tempat lain
toilet flush Fakta Menarik Tentang Tandas
2. Dalam setahun, manusia telah flush (secara tak sengaja lah kan) sebanyak 7 juta buah telefon bimbit ke dalam jamban. Di antara benda lain yang popular di flush kan ke dalam jamban adalah ikan emas, gigi palsu, stokin, seluar dalam, baju dalam, kasut, tikus, hamster, anak patung dan juga berus gigi.
phone flush1 Fakta Menarik Tentang Tandas
3. Secara purata seorang manusia menggunakan tandas sebanyak 2500 kali setahun iaitu sebanyak 6-8 kali sehari. Dengan itu, secara purata manusia menghabiskan 3 tahun sepanjang hidupnya di dalam tandas.
4. Semasa sedang flush, pastikan penutup toilet seat ditutup kerana sejumlah kecil najis anda akan lebih mudah berterbangan. Jauhkan berus gigi anda ketika sedang flush.
toilet cover instructions Fakta Menarik Tentang Tandas
5. Tandas menggunakan jumlah air lebih banyak dari penggunaan di dapur. Secara purata, seorang manusia akan menggunakan 75 liter air dalam sehari. Penggunaan dual-flush boleh menjimatkan sebanyak 25% dari jumlah tersebut. Boleh cari di Google kalau tak tahu apa itu dual-flush.
dual flush toilet1 Fakta Menarik Tentang Tandas
6. Kajian mendapati seorang lelaki memhabiskan 140 hari bercukur didalam tandas. Namun jumlah itu masih dikira sedikit berbanding wanita yang menghabiskan 3 kali lebih lama dari lelaki untuk aktiviti yang sama. Adakah ini bermaksud perempuan lebih ‘berambut’ berbanding lelaki???
young couple in bathroom woman putting shaving 8763 500x297 Fakta Menarik Tentang Tandas
7. Secara purata, kita perlu menukar lampin seorang bayi sebanyak 10,000 kali sebelum beliau belajar menggunakan tandas.
toilet training420w 420x0 Fakta Menarik Tentang Tandas
PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.

P/S - maaf post ini sedikit meloyakan tengkak korang sume yang membaca erk ;_;

posted by admincomel :p

0 comments:

Post a Comment

5 Manusia Tergemuk Di Dunia

Assalamualaikum . . . Gemuk atau obesiti  bukan satu ciri idaman, baik lelaki atau perempuan. Semua nak kurus, nak cantik. Tapi sebab faktor genetik,pemakanan& etc ada  yang merana sebab terlebih berat badan.
Ini antara 5 orang terberat dalam rekod dunia yang boleh dikatakan merana fizikal & mental:
Roll on~
1- Carol Yadger
no.1 gemok.. 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Wanita pertama  paling berat di dunia dan juga dalam sejarah manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg. Masalah lebihan berat badan yang melampau menyebabkan dia dijangkiti pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga Carol  tidak mampu untuk berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34 tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ berfungsi kerana lebihan lemak.
2- Jon Brower Minnoch
no.2 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Berat badannya 132 kg ketika 12 tahun dan pernah dimasukkan ke hospital. Walaupun berat badan turun semasa menjalani rawatan tetapi selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4 kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.
3-Manuel Uribe
no.3 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di atas katil selama 8 tahun setengah dari tahun 2001 sehingga 2008 dan sekarang Manuel dalam proses penurunan berat badan.
4- Walter Hudson
no.4 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Dia mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu “makan apa sahaja dan nikmatilah ia“, Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan bilik untuk menyelamatkan Walter.
5-Rosalie Bradford
no.5 gemok 5 Manusia Tergemuk Di Dunia
Makan ialah hobinya sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14 tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg semasa 15tahun, berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak 544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali kerana tertekanan dengan berat badannya. Dan pada umur 63 tahun Ros meninggal dunia.
Tentu korang tak nak jadi macam ni kan? Kalau rasa rasa BMI tu dah terlebih, & diet semuanya tak menjadi baik cepat jumpa doktor. Mungkin ada masalah dengan hormon iaitu leptin resistant yang tak mampu nak bagitahu otak kita yang kita dah kenyang.


Posted by admincomel ;P

0 comments:

Post a Comment

Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Dahulu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….

0 comments:

Post a Comment

10 ORANG YANG BERNAMA PELIK DI DUNIA....


Assalamualaikum ;) *** Kalau nak diikutkan....ramai lagi orang yang namanya pelik-pelik kat dunia ni..... yg di atas tu, cuma sebahagian kecil sahaja. Itu pun sudah cukup pelik o,O
1. Jesus Condom  <<< Errr.... no comment. Mungkin kondomnya bocor kot!!!


2. @ <<< Suami isteri dari China memberi nama anaknya sedemikian, katanya supaya berasa moden dan familiar... ada ke!



3. Dick Assman <<< .......... (tiada maklumat diperolehi)



4. Batman bin Suparman <<< Pada tahun 1995, seorang remaja yang mempunyai nama unik dan tentunya sangat 'BERKUASA' kerana menggabungkan 2 nama SUPERHERO terhebat dunia!! Namun begitu, diberitakan, remaja tersebut gagal dijejaki untuk diminta keterangannya menyandang 2 nama itu.



5. Mister Love <<< Mungkin ibubapanya memberi nama ini kerana mahukan anaknya dicintai dan mencintai..... tetapi dia telah didakwa kerana melakukan jenayah seksual.



6. Oliver Looser <<< Sampai bebila pun, dia bukan pemenangnya! Urghhhh!



7. Judy Graham SWALLOWS <<< Swallow juga diertikan sebagai 'korup'..... so, u know what i mean....



8. Natalia Vagina  <<< Macam mana la kedua orang tua dia ni boleh bagi nama anaknya macam ni.  Dah la lelaki pulak tu.... kot damba sangat anak pempuan pun, jgn la anak lelaki dijadikan mangsa.... kesian bila besor nanti. Buat malu je lah!





9. Gaye Males  <<< Cuba sebut mengikut ejaan..... hehe



10. Mike Litoris  <<< Orang tuanya ni tak tahu istilah medik kot.... atau sengaja letak nama anaknya macam tu.... Kesian la pulak!



Posted by admincomel :p

0 comments:

Post a Comment

Kenali Artis Korea Yang Beragama Islam

Assalamualaikum :)
Huargh~~ mata masih lagi layu, rasa nak tido tu mmg kuat tapi terpaksa ditahan~ berkorban demi blog partner gue yang sebal ituu -.- jadi terus pada tajuk Mari mengenal artis korea yang beragama Islam.



gambar, lee ki woo, pembedahan, agama, beliau, pegangan, peluk, masuk, muslim islam, korea, artis,<a href='http://lamankongsi.com/'> sumber</a>, betul ke, tahu, persoalan, wikipedia, bukan, tidak, khabar angin, palsu

Kenalkah anda dengan Lee Ki Woo? Lee Ki Woo merupakan seorang pelakon yang dikatakan beragama Islam. Menurut beberapa sumber dan rakan-rakan yang lain, Lee Ki Woo dikatakan seorang muslim Korea. Cuba taip "Lee Ki Woo" di google search, automatic akan terpapar kat situ "Lee Ki Woo religion" dan beberapa kata kunci yang lain iaitu "Lee Ki Woo muslim".

Sebenarnya mengenai agama Lee Ki Woo agak kurang diketahui dan menjadi berapa persoalan di internet. Dalam internet tersebar luas mengenai Lee Ki Woo yang beragama Islam / Muslim. Di sini beberapa statement yang aku jumpa mengenai Lee Ki Woo yang bukan beragama Islam.

gambar, lee ki woo, pembedahan, agama, beliau, pegangan, peluk, masuk, muslim islam, korea, artis, sumber, betul ke, tahu, persoalan, wikipedia, bukan, tidak, khabar angin, palsu

Sampai sekarang ini belum ada maklumat sahih yang mengesahkan Lee Ki Woo beragama Islam.

TV Shows
Standby (MBC, 2012)
My Shining Girl (KBSN, 2012)
Flower Boy Ramyun Shop (tvN, 2011)
Star's Lover (SBS, 2008)
Kid Gang (OCN, 2007)
Outrageous Women (MBC, 2006)
A Love to Kill (KBS2, 2005)
Not Alone (SBS, 2004)

MoviesWedding Dress (2010)
Lost and Found / 달콤한 거짓말 (2008)
Story Of Wine (2008)
Going Crazy Waiting / The Longest 24 Months (2007)
Somebody Behind You/There Are Two People (2007)
Shim's Family (2007)
Lost in Love (2006)
Sad Movie (2005)
A Tale of the Cinema (2005)
He Was Cool (2004)
Spin Kick (2004)
Windstruck (2004)
The Classic (2003)

Thanks to -source                                  


Posted by admincomel :p

0 comments:

Post a Comment

Jom kenali Briged Izzudin Al-Qassam ! Takbir !




JIKA :


Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
Amerika Syarikat dengan Navy Seals &Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.




Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).



Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -

0 comments:

Post a Comment

Saturday, 24 November 2012

NICE : 10 Fakta Tentang Machu Picchu !

 
Sejarah Machu Picchu telah menakjubkan dan membingungkan para arkeolog serta sejarawan. Pertama kali ditemukan oleh Hiram Bingham pada tahun 1911, dan masuk kedalam daftar UNESCO World Heritage Site  di tahun 1983. Kota yang hilang dari peradaban suku Inca tetap memikat hingga hari ini bahkan masuk kedalam tujuh keajaiban dunia. Ada beberapa fakta mengenai Machu Picchu yang menarik untuk disimak.

1. Hiram Bingham mengukir namanya sebagai penemu situs ini, walaupun para penduduk lokal sudah mengetahui terlebih dahulu mengenai tempat ini.

2. Machu Picchu terletak diketinggian 2,400 meter di atas permukaan laut.

3. Machu Picchu dibuat pada pertengahan tahun 1400 dan dijuluki sebagai "The Lost City of the Incas".

4. Banyak dari batu-batu konstruksi bangunan Machu Picchu memiliki berat lebih dari 50 ton. Karena belum ada semen, mereka hanya memotong dan menumpuk batu tersebut sesuai dengan ukuran dan rancangan bangunan.

5. Luas keseluruhan area mencapai 325.92 Km persegi dan dideklarasikan sebagai "Historical Sanctuary" negara peru di tahun 1981.

6.Machu Picchu memiliki tiga bangunan utama, yaitu Intihuatana, Temple of the Sun (Kuil Matahari), dan Room of the Three Windows (Ruangan Tiga Kaca).

7. Machu Picchu setidaknya memiliki 170 bangunan dengan bentuk dan fungsi yang berbeda.

8. Machu Picchu awalnya dibangunan sebagai sebuah benteng pertahanan, lalu berubah menjadi sebuah ibu kota suku Inca.

9. Hasil penelitian menunjukkan batu Intihuatana dibuat sebagai jam astronomi atau kalendar.

10. Konstruksi dari Machu Picchu tidak pernah selesai seluruhnya. Situs ini diabaikan selama serangan bangsa Spanyol kepada Kerajaan Inca.

0 comments:

Post a Comment

HOT : Top 10 Negara Termalas Di Dunia !

    
Baru-baru ini negara Malaysia baru sahaja dinobatkan di tempat ke 33 negara paling biadap di dunia dan satu kajian lagi terbaharu yang telah dilakukan oleh jurnal saintifik, The Lancet mengenai negara termalas di dunia dan Malaysia berada di dalam carta di ranking top 10. Mengikut jurnal The Lancet, negara termalas di dunia dinobatkan kepada Malta yang juga merupakan antara destinasi pilihan pelancongan dengan  71.9 % rakyatnya tidak aktif bersukan.Kajian ini telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik  merangkumi sebanyak 122 buah negara dan Malaysia berada ditangga ke 10 dengan 61.4% rakyatnya tidak aktif atau dengan kata lainnya malas bersukan. Tetapi negara Greece merupakan antara negara paling aktif di dunia dengan hanya 15% rakyatnya tidak aktif.

Adakah suasana negara Malta yang tenang dan mendamaikan ini menjadi punca rakyat negaranya tidak aktif?
Sebenarnya banyak faktor yang mendorong negara-negara ini menjadi negara termalas di dunia iaitu faktor kemiskinan, faktor kekangan pekerjaan untuk kaum Wanita seperti di Arab Saudi , faktor negara yang tidak mempunyai banyak fasiliti, negara yang terlalu indah, faktor cuaca dan juga memang sikap mereka sendiri yang malas untuk bersenam yang saya rasa merupakan faktor utama.
Laporan yang menggunakan data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyatakan bahawa “gaya hidup terlalu relaks” membunuh kira-kira lima juta orang di seluruh dunia setiap tahun dan menjadikan gaya hidup tidak aktif ini setanding dengan merokok dari segi kesan ke atas kesihatan.
Kajian ini mentakrifkan hidup tidak aktif sebagai tidak melaksanakan mana-mana tiga jenis aktiviti yang berikut: 30 minit aktiviti sederhana seperti berjalan pantas sekurang-kurangnya lima kali seminggu, 20 minit aktiviti cergas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
Keadaan cuaca di Namibia yang panas merupakan faktor utama rakyatnya tidak aktif
Swaziland merupakan negara kedua termalas di dunia
Para penyelidik menegaskan bahawa kurang bersenam merupakan punca utama kematian masa kini dan satu pertiga daripada rakyat di seluruh dunia tidak menghabiskan masa sekurang-kurangnya 3 jam seminggu untuk bersenam iaitu merupakan masa bersenam minimum untuk setiap individu.
Seperti yang kita semua tahu, negara Jepun sebenarnya tak patut berada dalam senarai ini kerana kita pun tahu yang negara mereka mempunyai peratusan rakyat paling rajin di dunia. TETAPI, mungkin sebab mereka ini terlalu rajin bekerja sampai lupa nak bersenam. Dan saya pun tak hairan Malaysia berada di tangga ke 10 dengan lebih separuh rakyat kita malas untuk bersenam kerana rakyat kita memang sinonim dengan perkataan relaks dan lepak dan budaya bersenam bukanlah budaya ‘popular’ di negara kita walaupun banyak inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup dengan lebih aktif dan sihat.

Kedai mamak antara tempat ‘bersenam’ paling popular di Malaysia.
Permainan komputer dan tv menjadi pengganti aktiviti bersenam
Walau bagaimanapun, negara kita mungkin hanya malas bersenam tetapi tidak malas untuk perkara lain. Contohnya negara kita tidak malas untuk membeli belah atau beratur panjang jika ada jualan murah, rakyat kita tidak malas untuk ke kedai mamak bersorak jika ada perlawanan sukan, rakyat kita tidak malas untuk menjadi perwira cyber , dan saya pasti rakyat kita tidak juga malas beratur di Baskin Robbins jika Dato’ Lee Chong Wei berjaya meraih pingat emas Olimpik pertama untuk Malaysia. :p

0 comments:

Post a Comment

Keburukan Guna Laptop W/O Bateri !

Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.

0 comments:

Post a Comment

14 Fakta Lucu tentang Lirik Lagu K-pop ! Wakaka !

Miaawww.....!! Ini dia Fakta Unik Lirik Lagu K-pop yang Meonggg Dengar, dimana Lagu dan Liriknya Terdengar Lain, dan sedikit menggelitik urat saraf tertawa kita.
Ini dia Listnya :
  1. lagu Super Junior – CARNIVAL saat reff dan lirik “oe o oe o Summer Carnival~~~” terdengar seperti “oe o Semua Kanibal~~~” -_-
2. lagu Super Junior – IT’S YOU saat part lirik “Neorago~ neorago~” terdengar seperti ” Noraklo~ noraklo~”.

3. lagu Super Junior M – PERFECTION versi Korea pada detik 02:16 (sebelum rap) terdengar seperti “kecoa, kecoa, kecoa”.

4. lagu Super Junior – MR.SIMPLE, kata “SJ CALL” terdengar seperti “ES JENGKOL”
.
5. lagu Super Junior – ACHA, kata “Mama mara mar-rarara” terdengar seperti “Mama marah marah”, dan kata “Bwabwa bwara bwara” terdengar seperti “Papa parah parah” *Mama marah marah …Papa parah parah” :p

6. lagu Super Junior – Sorry Sorry, kata “Shawty Shawty” pada reff terdengar seperti “Sorry Sorry”.

7. lagu Super Junior – Sunny (pada SS2), kata “Sunny Sunny I love you!” terdengar seperti “Sonny Sonny I love you”(?) wkwkwk.



8. lagu Block B – Tell Them, kata “deolleong deolleong” terdengar seperti ‘tolong-tolong’, dan kata “kkeolleong kkeoleong” terdengar seperti ‘kolong-kolong’. *TOLOOOONG!!! KOLOOOONGGG!!!*.

9. lagu Dana and Sunday – One More Chance, kata “Na na jom nwajwo~” terdengar seperti “Na najong najong~”.

10. lagu 2NE1 – Clap Your Hands. pada awal lagu, kata “ Bakssu cheo~ Bakssu cheo~” terdengar seperti ” Maksud lo~ Maksud lo~”.

11. lagu SHINee – Ring Ding Dong. saat part Key bernyanyi kata  ”Butterfly~” terdengar seperti “Mbak Lebay~”.

12. lagu SNSD – Oh!. saat reff kata “Ah ah ah ah manhi manhihae~” terdengar seperti “Ah ah ah ah Mandi Money hey~”.

13. lagu DalShabet – Bling Bling. kata “Bling~ Bling” terdengar seperti “Beling~ Beling” (?)

14. Lagu 2ne1- I Am The Best. kata "alright" yang dinyanyiin si Park Boom terdengar seperti " Puurra "
Bagaimana Menurut Kamu Netizen ?

0 comments:

Post a Comment