HOT : Top 10 Negara Termalas Di Dunia !
Baru-baru ini negara Malaysia baru
sahaja dinobatkan di tempat ke 33 negara paling biadap di dunia dan satu
kajian lagi terbaharu yang telah dilakukan oleh jurnal saintifik, The
Lancet mengenai negara termalas di dunia dan Malaysia berada di dalam
carta di ranking top 10. Mengikut jurnal The Lancet, negara termalas di
dunia dinobatkan kepada Malta yang juga merupakan antara destinasi
pilihan pelancongan dengan 71.9 % rakyatnya tidak aktif bersukan.Kajian
ini telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik merangkumi sebanyak 122
buah negara dan Malaysia berada ditangga ke 10 dengan 61.4% rakyatnya
tidak aktif atau dengan kata lainnya malas bersukan. Tetapi negara Greece merupakan antara negara paling aktif di dunia dengan hanya 15% rakyatnya tidak aktif.
Adakah suasana negara Malta yang tenang dan mendamaikan ini menjadi punca rakyat negaranya tidak aktif?
Sebenarnya banyak faktor yang mendorong
negara-negara ini menjadi negara termalas di dunia iaitu faktor
kemiskinan, faktor kekangan pekerjaan untuk kaum Wanita seperti di Arab
Saudi , faktor negara yang tidak mempunyai banyak fasiliti, negara yang
terlalu indah, faktor cuaca dan juga memang sikap mereka sendiri yang
malas untuk bersenam yang saya rasa merupakan faktor utama.
Laporan yang menggunakan data dari
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyatakan bahawa “gaya hidup
terlalu relaks” membunuh kira-kira lima juta orang di seluruh dunia
setiap tahun dan menjadikan gaya hidup tidak aktif ini setanding dengan
merokok dari segi kesan ke atas kesihatan.
Kajian ini mentakrifkan hidup tidak aktif sebagai tidak melaksanakan mana-mana tiga jenis aktiviti yang berikut: 30 minit aktiviti sederhana seperti berjalan pantas sekurang-kurangnya lima kali seminggu, 20 minit aktiviti cergas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
Keadaan cuaca di Namibia yang panas merupakan faktor utama rakyatnya tidak aktif
Swaziland merupakan negara kedua termalas di dunia
Para penyelidik menegaskan bahawa kurang
bersenam merupakan punca utama kematian masa kini dan satu pertiga
daripada rakyat di seluruh dunia tidak menghabiskan masa
sekurang-kurangnya 3 jam seminggu untuk bersenam iaitu merupakan masa
bersenam minimum untuk setiap individu.
Seperti yang kita semua tahu, negara
Jepun sebenarnya tak patut berada dalam senarai ini kerana kita pun tahu
yang negara mereka mempunyai peratusan rakyat paling rajin di dunia.
TETAPI, mungkin sebab mereka ini terlalu rajin bekerja sampai lupa nak
bersenam. Dan saya pun tak hairan Malaysia berada di tangga ke 10 dengan
lebih separuh rakyat kita malas untuk bersenam kerana rakyat kita
memang sinonim dengan perkataan relaks dan lepak dan budaya bersenam
bukanlah budaya ‘popular’ di negara kita walaupun
banyak inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjadikan rakyat
Malaysia hidup dengan lebih aktif dan sihat.
Kedai mamak antara tempat ‘bersenam’ paling popular di Malaysia.
Permainan komputer dan tv menjadi pengganti aktiviti bersenam
Walau bagaimanapun, negara kita mungkin
hanya malas bersenam tetapi tidak malas untuk perkara lain. Contohnya
negara kita tidak malas untuk membeli belah atau beratur panjang jika
ada jualan murah, rakyat kita tidak malas untuk ke kedai mamak bersorak
jika ada perlawanan sukan, rakyat kita tidak malas untuk menjadi perwira
cyber , dan saya pasti rakyat kita tidak juga malas beratur di Baskin
Robbins jika Dato’ Lee Chong Wei berjaya meraih pingat emas Olimpik
pertama untuk Malaysia. :p
0 comments:
Post a Comment